Jun 12, 2010

KISAH KAIN TELEKUNG

Orang kata: Tak rugi meramah. Oranglah kata.

Tapi, bukan semua orang suka kita ramah-ramah ni. Macam poyo katanya. Apa-apalah. Yang penting, budi bahasa yang dijaga. Jika sekadar menyapa, tanya khabar, rasa tak salah. Senang hati ni, sebab ada orang yang peka dan menghargai kewujudan kita dalam kelompok sosial.

[i-Alamak]

Seperti biasa sewaktu berkursus, kami akan makan tengahari dan berhimpun di Musolla. Ada yang ambil kesempatan meluruskan pinggang. Maklum, seharian ber"KISSM", lenguh sini sana.

"Hem, jangan kata badan, otak ni jugak dah tepu" kata seorang kawan.

Benar. Banyak sunguh maklumat yang perlu ditelan lobus fikir ini. Hohoi, penat mental ni lagi parah jika nak banding penat fizikal. Semoga mampu bertahan \^_^/

Sampai di Musolla tadi, keget sebentar.

"Aiseh, takde telekung la"

"Aa, sudah. Macam mana nak solat ni?"

"Alah pakai macam ni kan boleh solat, stokin pun ada"

"Memanglah dengan pakaian ni je kita boleh solat, tapi stokin aku koyak"

"Hahaha... :D macam-macam.."

Langsung saya teringatkan kata-kata Dr Alizi, pensyarah Psikologi Islam saya beberapa tahun lepas.

"Mudah saja jika kamu nak pastikan pakaian kamu itu sesuai dipakai ketika keluar rumah. Pastikan pakaian yang kamu pakai itu boleh dibawa solat"

Ahah..saya cukup setuju. Maklumlah, adakala kita ke mana-mana dan terlupa nak bawa telekung (macam kes tadi). Tak terfikir, ada orang nak cuci semua telekung di Musolla tu.

Jadi, di samping menutup aurat, kita juga dapat melatih diri menjadi seorang Muslimah yang peka dan sentiasa bersedia walau ke mana sahaja berpergian.

[ii-Lupa buat]

Dalam keadaan terdesak itulah (takde telekung), baru nak cari solusi. Dan, inilah dinamakan pengajaran untuk diri sendiri.

"Kak...."

"Ye sayang..." (aduhai, lembutnya tutur kata beliau...runtun jiwaku)

"Kak, boleh pinjamkan saya telekung?"

"Boleh, nah..."

Akak dan kawan-kawan nya merupakan guru-guru PGSR yang saya tak pernah tegur, walaupun kami sama-sama solat di Musolla tersebut selama seminggu lebih ini. Senyum adalah.

Hurm, terkena batang hidung sendiri. Serasa malu pula sebab selama ini "bersombong" dengan mulut yang berat. Um...

Pengajaran dan iktibar yang amat bermakna hari ini. Terima kasih Tuhan. InsyAllah, lain kali saya tak buat lagi.

3 comments:

lady mermalade said...

ok sy xberapa nk phm.heheh

Mentor_ulung said...

lor...tak paham ke??? haha. tang mana plak tak pahamnye tuh. kalu ikutkan, aras bahasa dlm blog ni biase je..huuuu

Mentor_ulung said...
This comment has been removed by the author.